..:Duriyan:..
Siapa bodoh

Oleh: Clepan
Mei 25, 2003

    Siapa ye. Untuk menjawab persoalan ini perlu banyak membaca dan merenungkan kembali apa-apa yang telah di baca. Dalam dunia ini terdapat orang yang pandai, bodoh, tidak pandai, tidak bodoh dan banyak lagi kategori yang tidak dapat disenaraikan kerana mungkin terlalu banyak dan susah nak dijelaskan. Ada orang suka cakap perkataan bodoh sebab dia sendiri bodoh dan tidak mahu malu bolehlah pesongkan realiti kepada fantasi.
   
    Jika hendak bahaskan bahawa orang yang tak habis sekolah itu bodoh. Jelas silap. Sebab Albert Einstain juga tak habis sekolah kerana dia dikatakan pelajar dungu Matematik. Betul tak. Jadi kat mana ye.
   
    Baiklah sekarang kita pergi pula ke zaman batu dahulu kala. Orang zaman batu membuat barang-barang dari batu. Mengapakah mereka tidak dapat membuat rumah batu macam zaman moden sekarang ni. Adakah mereka bodoh ? Percayalah mereka tidak bodoh. Jika tidak mempercayainya...
   
    Kalau hendak memulakan sesuatu. Mulakan dari sesuatu yang tidak diketahui. Barulah boleh menjadi pandai. Jika semudah itu kenapa tidak saja menyebut orang yang belajar itu bodoh. Adakah orang yang selalu gagal itu bodoh ? Oh tidak. Thomas Edison seorang pencipta lampu dan berbagai alat lagi selalu sahaja gagal dalam penciptaannya. Orang tidak menggelarnya bodoh tetapi seorang yang tidak kenal erti putus asa.
   
    Dimanakah kau wahai tidak pandai ? Mudah sahaja sinonim bagi bodoh tapi berbunyi positif. Mungkin saja tidak sinonim.Carilah jawapannya.
   
    Jika tidak dapat menghitung itu bodoh. Maka komputer dari awal penciptaannya sampai sekarang bodoh. Jelas sekali tidak. Komputer dapat menghitung dari semudah pengiraan sehingga pengiraan yang kompleks. Lihat sahaja pada permainan catur. Di mana Kasparov yang dikatakan juara dunia dan pencatur terhebat manusia kalah kepada super komputer Deep Blue. Ah tak mungkin. Lagi, adakah kalkulator elektronik yang digunakan oleh peruncit itu lebih pandai atau sama pandainya dari seorang Profesor Matematik kerana dapat mengira dengan pantas. Tiada kepastian.
   
    Manusia pandai, betul ke... Carilah kepandaian mu wahai manusia. Aku hanya pandai bercerita tetapi tidak tahu walau apa maknanya kerana aku hanya berada di sebuah persepsi ciptaan maha kuasa. Albert Einstain mengatakan manusia boleh mengejar atau mengundur masa. Mana mungkin jika sebuah persepsi yang akhirnya berada dalam genggaman-Nya.

Kembali